Saturday, October 17, 2009

KAWALAN KESELAMATAN DIDALAM TAMAN

http://www.imageenvision.com/sm/0012-0709-3019-0027_male_security_guard_with_a_flashlight_two_burglars_in_a_crate_in_the_background_clipart.jpg

Setelah berlakunya beberapa insiden pecah masuk rumah di dalam taman dan kekerapan kes jenayah bertambah maka satu inisiatif menjaga blok telah diwujudkan.

Pilot projek ini telah berjaya dilaksanakan sehingga menimbulkan satu langkah pembaikan semula untuk mengadakan kawalan keselamatan didalam taman. Usaha gigih Saf Pimpinan Surau As Soodiqin & PPTK bersama-sama penduduk berjaya mengumpulkan sebahagian penduduk untuk bertugas meronda.

Semoga perjalanan yang baik ini akan dapat terlaksana dan mendapat sokongan penduduk. Walaubagaimanapun, sudah pasti akan ada banyak perkara-perkara yang akan timbul dan diperkatakan nanti. Kesedaran melihat kesilapan yang lalu amat penting tetapi kita perlu berkorban sedikit untuk mendapatkannya dan bukan semua kawalan keselamatan perumahan ada jaminan keselamatan.

Namun untuk tempoh jangka panjang, kita harus memikirkan langkah-langkah kawalan keselamatan yang lebih effisien dan effektif. Rata-rata dewasa kini hampir kesemua taman perumahan yang baru dibuka dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan berbayar. Yakni kawalan keselamatan yang diurus sendiri oleh pihak syarikat keselamatan.

Namun jangan kita terlalu memandang beban bayaran yang harus dikeluarkan nanti. Kita juga perlu berfikiran terbuka dan positif dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan komuniti agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini terutama hubungan sesama jiran tetangga.

Keselamatan Taman Tanggungjawab Bersama!

Mohd Nor Azmi Bin Mohd Rodzi
3D/3

No comments:

Post a Comment