Sunday, May 31, 2009

Kemelut PPTK - Pendapat Warga Kasturi

#1
Assalamualaikum,

Saya ingin memberi pendapat mengenai dgn isu PPTK ini tapi sebelum itu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih ikhlas dari saya dan keluarga kepada semua yang telah menziarah jenazah allahyarhamah isteri saya dan tolong sampaikan ucapan terima kasih saya pada rakan rakan yang lain yang nama nama mereka saya terlupa. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t. Daripada Allah kita datang, kepadaNya kita kembali. Semoga Allah menempatkan allahyarhamah isteri saya di dalam kalangan orang2 yang solehan…Amin.. Al-Fatihah!

Bagi pendapat saya secara peribadi, memandangkan PPTK ini suatu pemilihan yang telah disuarakan oleh penduduk setempat bermakna ianya suatu amanah kepada yang memegang jawatan jawatan tersebut dan dari itu kalau dilaksanakan tugasan tersebut maka PAHALA ganjaran si pemegang amanah tersebut dan sekiranya tidak dilaksanakan maka BERDOSA lah dia dari itu saya rasa buatlah suatu perbincangan bersama AJK lama bagaimana kedudukan sekarang kalau nak dibuburkan yang lama buburkanlah ,buat pemilihan MENGIKUT proceducer yang betul……perkara ini kena buat dengan betul sebab semua orang terlibat ,kalau elok perjalanannya maka apa apa program yang akan kita laksanakan nanti dalam PPTK akan direstui oleh Allah s.w.t.

Sekian pendapat daripada hamba Allah yang lemah, Wasallam

Haslan Abu Hassan

#2
Terlebih dahulu kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PPTK (sedia ada dan baru) atas daya usaha untuk memajukan taman kita. Kami mencadangkan agar Persatuan Penduduk Taman Kasturi di rombak agar ianya menjadi lebih effektif dan memberi faedah kepada penduduk secara keseluruhannya.

Untuk menjadi satu pertubuhan yang berkesan mestilah mempunyai
1- WAWASAN
2-VISI
3-MISI

Perkara ini mestilah ditulis dengan jelas dan diperjelaskan kepada semua ahli agar mereka semua faham dan komited arah dan hala tuju persatuan. PPTK tidak harus menjadi hak individu dan di monopoli oleh golongan tertentu dan bukannya untuk acara-acara tertentu sahaja. Terima kasih.

Dari Abdul Gani Bin Hadzri

Thursday, May 28, 2009

Copier Machine
Persatuan Penduduk Taman Kasturi (PPTK) mengalu-alukan mana-mana individu atau organisasi yang bermurah hati untuk menyumbangkan sebuah copier machine atau dana bagi membeli sebuah copier machine.

Dengan adanya copier machine informasi berkaitan perjalanan PPTK dapat di sebarkan kepada warga Kasturi dengan lebih efektif terutama mereka yang tidak mempunyai kemudahan internet. Malahan dana kewangan persatuan juga dapat diperolehi melalui penggunaan copier machine tersebut. Insyallah.

Marilah bersama-sama berusaha menjayakan misi yang penting ini. Ayuh saudara saudari...

Setiausaha