Friday, September 18, 2009

Tips Balik Kampung

http://asmawati.com/gambar/kadraya_balikkg.JPG

Peringatan Sebelum Tinggalkan Rumah

1. 5S : pastikan rumah sudah dikemaskan sebaik-baiknya. Supaya kita tak pening kepala apa kembali dari kampung halaman. Kerana sudah tentu barang barang yang dikirim.

2. Sampah : tong sampah hendaklah dikosongkan. Bagi memastikan rumah yang telah dikemas tadi tidak tercemar dengan bau busuk. Lebih dasyat akan menjadi makanan tikus, lipas dan seangkatan. Tidak mustahil juga ia menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lalat.


3. Kunci : ini yang paling penting. Jangan sesekali lupa nak kunci rumah.Walaupun hati sudah berada dikampung. Supaya tidak menyesal dikemudian hari. Double lock pun tak per. Terutama pintu belakang.


4. Lampu : biarkan lampung luar terpasang. Pencuri kalau mahu pecah masuk pada rumah yang gelap. Jangan kedekut. Kalau nak jimat beli peranti yang switch on lampung bila time gelap. Sekurang2nya jiran yang ada boleh perasan kalau ada orang nak pecah masuk.

5. Berpesan2 : inilah gunanya jiran tetangga. Bertukar-tukarlah nombor telefon. Kalau berlaku apa2 kecemasan senang nak uruskan nanti.


8 Petua Keselamatan Jalan Raya

Rancang perjalanan anda terlebih dahulu. Jika anda letih, mengantuk, mabuk atau tidak fokus, tangguhkan perjalanan anda.

Sentiasa ikut had laju yang ditetapkan.

Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum menukar lorong.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki.

Elakkan daripada mengekori kenderaan lain sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika anda teragak-agak.

Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna.

Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.

5 Tabiat Memandang/Penglihatan Terbaik:

  1. PASTIKAN ANDA DAPAT DILIHAT (make sure they see you)
  2. PANDANG TINGGI/JAUH DI ATAS STERING (aim high in steering)
  3. DAPATKAN PENGLIHATAN YANG LUAS (get the big picture)
  4. GERAKKAN MATA ANDA (keep your eyes moving)
  5. BERIKAN ANDA RUANG MENGELAK / KELUAR (leave yourself an out)